1.0 Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Permata Hati
Pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) Permata Hati mula beroperasi pada 1 Jun 2016. Penubuhan PDK ini merupakan satu inisiatif yang dilakukan berikutan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa yang merungut tiada PDK yang ditubuhkan berdekatan kawasan penempatan Presint 11, Putrajaya. Jika sebelum ini, mereka terpaksa menghantar anak-anak dan ahli keluarga mereka di PDK Presint 14 yang mempunyai jarak jauh dari rumah mereka. Lanjutan daripada pembukaan PDK Permata Hati di Presint 11 ini akan memberi kemudahan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak atau ahli keluarga yang berkeperluan khas untuk mengikuti program pemulihan di sini.
Seterusnya, lokasi PDK ini terletak di bangunan rumah setingkat yang beralamat di No. 14, Jalan P 11 D/11 Presint 11, 62300 Putrajaya. Pada pandangan saya, lokasi PDK ini kurang selamat bagi pelatih untuk melakukan aktiviti di kawasan luar PDK. Perkara ini demikian kerana, PDK ini terletak di tepi jalan. Oleh itu, pelatih perlu sentiasa dikawal selia oleh petugas bagi mengelakkan pelatih keluar dari PDK. Lebih-lebih lagi, sepanjang saya di sana, pintu dan grill PDK sentiasa ditutup dan berkunci. Jika dilihat dari luar, PDK ini seolah-olah tidak beroperasi kerana pintu dan tingkapnya tidak dibuka. Sebagai penyelesaiannya, PDK ini seharusnya dibina di kawasan yang tidak terlalu hampir dengan jalan besar supaya pelbagai aktiviti dapat dilakukan di luar kawasan PDK seterusnya mendekatkan lagi para pelatih dengan alam semula jadi.
Selain itu, binaan rumah setingkat ini tidak sesuai untuk dijadikan PDK. Hal ini boleh mengundang bahaya khususnya kepada pelatih-pelatih yang jelas kurang upaya. Berdasarkan pemerhatian saya, bahagian atas rumah dijadikan bilik aktiviti untuk pelatih kanak-kanak. Tambahan pula pelatih kanak-kanak di PDK ini berumur dalam lingkungan umur empat hingga 12 tahun. Jadi, saya berasa adalah tidak sesuai apabila kanak-kanak kurang upaya seusia empat tahun perlu menaiki tangga untuk mengikuti aktiviti di PDK tersebut. Risiko pelatih kanak-kanak untuk mengalami kemalangan atau kecederaan adalah tinggi jika pelatih terleka.
PDK ini turut dilengkapi dengan jaringan besi yang berkunci pada setiap bahagian dalam rumah. Tidak keterlaluan jika saya kata jaringan besi ini dipasang pada ‘kawasan larangan pelatih’. Sebagai contoh, jaringan besi diletak pada laluan untuk memasuki bahagian dapur dan pada tangga di bahagian bawah dan tangga bahagian atas. Namun, kadang kala jaringan besi tersebut hanya ditutup oleh petugas tanpa menyelak kuncinya. Dengan ini, pelatih dapat masuk pada bahagian tersebut sungguhpun mempunyai penghadang.

PDK Permata Hati diselia oleh seorang penyelia dan 5 orang petugas. Petugas di PDK ini rata-rata tidak mempunyai latar belakang pendidikan berkaitan bidang Pendidikan Khas. Malah ada di antara mereka yang hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia. Namun perkara tersebut bukanlah menjadi halangan bagi mereka untuk bertugas di PDK kerana perasaan kasih terhadap golongan OKU dan semangat kesukarelawanan mereka itu sebenarnya yang lebih penting berbanding perkara lain. Selain menghadiri kursus asas berkaitan pengendalian OKU, saya berpendapat para petugas perlu diberi latihan dan kursus lanjutan dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Hal ini penting untuk dilakukan supaya petugas-petugas lebih profesional dan mahir untuk mengurus pelatih di PDK.
Dari segi kewangan, saya melihat PDK ini hanya mempunyai dua sumber kewangan, iaitu peruntukan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sumbangan/hadiah daripada ibu bapa, ahli keluarga pelatih dan pihak-pihak luar. Berdasarkan temu bual dengan Penyelia PDK, PDK Permata Hati sememangnya tidak mempunyai produk atau perkhidmatan yang disediakan seperti PDK-PDK lain yang telah lama ditubuhkan. Produk atau perkhidmatan penting bagi membolehkan PDK menerima sumber kewangan tambahan. Menurut Penyelia itu lagi, PDK ini masih terlalu baru dan keahlian pelatih yang muda dan tidak mempunyai kemahiran vokasional juga merupakan satu kekangan bagi mereka. Pada pendapat saya, jawapan yang diberikan oleh Penyelia tersebut boleh diterima akal dan tidak hairanlah jika mereka tidak mempunyai sumber pendapatan lain. Namun, pada masa hadapan, PDK ini sekurang-kurangnya perlu mempunyai satu produk atau perkhidmatan bagi menambahkan sumber pendapatan PDK.
Produk atau perkhidmatan yang disediakan bukan sahaja memberi menfaat dari segi ekonomi, bahkan secara tidak langsung dapat mempromosikan nama PDK Permata Hati itu sendiri kepada masyarakat luar. Lebih-lebih lagi, PDK juga mempunyai peluang untuk memohon peruntukan kewangan yang lebih dari JKM untuk meningkatkan mutu produk atau perkhidmatan sekaligus membangunkan PDK tersebut. Perkara ini sememangnya dapat direalisasikan sekiranya mendapat kerjasama dan sokongan padu dari pelbagai pihak yang terlibat dengan PDK samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Terdapat kelebihan dan kekurangan yang boleh dikenal pasti dari aspek kemudahan dan prasarana di PDK Permata Hati. Pertamanya, dari segi kelebihan PDK ini mempunyai peralatan teknologi maklumat seperti set komputer, projektor dan televisyen. Lebih-lebih lagi, PDK ini juga dilengkapi dengan alat penghawa dingin pada setiap ruang di dalam rumah. Hal ini membuatkan para pelatih berasa selesa berada dan melakukan aktiviti di dalam PDK. Pada tingkat atas PDK, terdapat set meja belajar yang lengkap dengan kerusi untuk pelatih kanak-kanak. Menurut penyelia PDK, terdapat sebuah bilik snoezelen di PDK ini namun pada pandangan saya, bilik tersebut tidak mempunyai peralatan-peralatan yang sepatutnya bagi tujuan itu. Oleh yang demikian, bilik tersebut hanya dijadikan tempat untuk pelatih kanak-kanak melakukan terapi main. Di bilik ini terdapat peralatan untuk pelatih kanak-kanak melakukan terapi main, contohnya giant ball, pool ball, dan trampolin.
Sebaliknya, dari aspek kekurangan pula, PDK kurang mempunyai bahan bantu mengajar (BBM) untuk digunakan oleh pelatih dan petugas. Di samping itu, latihan fisioterapi juga tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana kekurangan peralatan fisioterapi. Sepanjang pemerhatian saya di sana, hanya terdapat beberapa buah sahaja peralatan fisioterapi iaitu parallel bar, kerusi roda, dan walking frame. Kekurangan seterusnya dapat dilihat pada tandas di PDK ini. Saya berpendapat, tandas di sini kurang mesra untuk orang kurang upaya (OKU). Perkara ini kerana, tandas di PDK ini tidak mempunyai tempat pemegang pada dinding dan lantai tandas tidak ditutup dengan plastic bath mat.

2.0 Aktiviti Ahli PDK dan Perkaitannya dengan Perkembangan Kendiri Ahli
Setibanya kami ke Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Permata Hati, kami disambut oleh para petugas dan pelatih di sini dengan senyuman manis. Mereka sangat mengalu-alukan kedatangan kumpulan kami ke PDK tersebut. Hal ini memandangkan PDK ini baru sahaja ditubuhkan dan kumpulan kami adalah kumpulan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pertama yang datang ke sini. Pada awalnya, sesi perkenalan dilakukan secara ringkas kerana terdapat petugas yang sibuk memasak di dapur. Kami diberi sedikit penerangan mengenai perjalanan aktiviti pada hari itu oleh penyelia PDK, Cik Norsyuhada. Usai penerangan diberi, tanpa perasaan segan kami terus mendekati dan berkenalan secara tidak langsung dengan pelatih-pelatih yang ada.
Aktiviti pertama pelatih pada hari Khamis adalah senaman pagi dan permainan. Senaman pagi ini biasanya dijalankan di dalam PDK sahaja memandangkan petugas tidak dapat mengawal pelatih yang ramai jika diluar. Petugas akan memasangkan video lagu kanak-kanak seterusnya pelatih-pelatih akan menari dan melakukan pergerakan seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut. Tambahan lagi bagi pelatih yang “malas” dan tidak berkeupayaan bergerak sendiri, pelatih akan membantu demi memastikan mereka semua melakukan aktiviti fizikal pada hari itu. Pergerakan fizikal ini penting dalam memastikan kapasiti dan kekuatan otot pelatih meningkat.
Seterusnya, kami diminta mengikuti sesi pembelajaran bersama-sama pelatih. Pada sesi pembelajaran, para pelatih dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan pelatih dewasa dan pelatih kanak-kanak. Memandangkan binaan PDK ini terdiri daripada bangunan rumah setingkat, tingkat atas dijadikan sebagai bilik untuk pelatih kanak-kanak belajar manakala bahagian bawah untuk pelatih dewasa melakukan fisioterapi. Aktiviti pembelajaran pelatih kanak-kanak pada hari ini berfokus pada kemahiran fungsi bahasa kanak-kanak. Mereka dipertontonkan dengan video-video yang berasaskan abjad dalam Bahasa Melayu. Selepas itu, mereka perlu menyusun abjad mengikut susunan yang betul pada bahan bantu mengajar (BBM) yang disediakan oleh petugas.
Di samping itu, aktiviti bagi pelatih dewasa pula berfokus pada latihan fisioterapi. Kami turut sama membantu pelatih melakukan fisioterapi bersama-sama petugas. Sebagai contoh pada hari ini, kami telah membantu seorang kanak-kanak serebrum palsi berjalan di parallel bar. Kanak-kanak ini hanya mengesot dan tidak dapat berjalan sendiri meskipun telah berumur lima tahun. Struktur fizikal badan kanak-kanak ini kecil seperti kanak-kanak yang berumur dua tahun. Aktiviti pembelajaran kanak-kanak dan latihan fisioterapi berlanjutan sehingga waktu rehat. Semasa waktu makan, pelatih dewasa dan kanak-kanak yang boleh menyuap makanan sendiri akan duduk di meja makan sementara kanak-kanak yang perlu disuap akan duduk di atas tikar (mat).
Selesai makan, penyelia meminta semua petugas dan pelatih duduk secara round table bagi melakukan sesi perkenalan dengan ahli kumpulan kami. Sesi tersebut berlangsung dengan baik sehingga diakhiri dengan sesi perbincangan mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan pada minggu-minggu mendatang. Selepas itu, para pelatih diberikan masa untuk mereka berehat sambil menonton cerita di televisyen sehingga ibu bapa mereka dating menjemput. Sementara, sebahagian petugas memantau keadaan pelatih sebahagian lagi pula bertindak mengemas di bahagian dapur.

Pada minggu ini, pelatih-pelatih dibawa keluar beriadah di taman permainan yang berhampiran dengan kawasan PDK. Walau bagaimanapun, tidak semua pelatih ikut serta dalam aktiviti ini kerana hanya pelatih yang boleh dikawal sahaja dibenarkan keluar. Sebaliknya, pelatih yang lain melakukan aktiviti di dalam PDK. Mengikut jadual PDK, aktiviti di luar sememangnya dilakukan mengikut sela masa dua minggu sekali. Hal ini bagi memberi pendedahan kepada pelatih dengan suasana di luar. Selain dapat menghirup udara pagi yang segar, aktiviti riadah ini dapat membentuk perkembangan sosio emosi pelatih.
Setelah sampai di taman permainan, aktiviti pertama yang dilakukan adalah sesi pemanasan badan. Seorang wakil dari kumpulan kami telah mengetuai sesi tersebut. Para pelatih melakukan sesi pemanasan badan sambil dibantu oleh kami dan petugas. Selesai pemanasan badan, pelatih diberi kebebasan untuk bermain jongkang-jongket, buaian atau papan gelongsor. Namun, pelatih masih dibawah pemantauan petugas yang sentiasa ada bersama di sisi mereka. Apabila petugas mengesan ada tanda-tanda bosan yang ditunjukkan pelatih, petugas langsung meminta mereka pelatih lelaki diberi peluang bermain bola sepak di kawasan lapang.
Permainan bola sepak ini sangat bagus dalam meningkatkan kemahiran motor kasar melalui pergerakan berlari dan menendang bola. Di samping itu, permainan ini juga berupaya meningkatkan tumpuan kerana pelatih terpaksa menumpukan perhatian ke arah pergerakan bola. Sebaliknya, bagi pelatih perempuan pula, mereka melakukan aktiviti menghantar bola secara berpasangan. Bola akan dihantar secara bergilir-gilir di mana aktiviti ini lebih berfokus pada perkembangan sosio emosi. Sebagai contoh, pelatih perlu sabar menunggu giliran mereka menangkap bola.
Sedang leka pelatih lelaki lain bermain bola sepak, terdapat seorang pelatih lelaki yang berumur 21 tahun membaling bola ke arah pelatih perempuan berumur 19 tahun. Pada mulanya, kami tidak perasan apa yang cuba dilakukan oleh pelatih lelaki tersebut. Namun selepas beberapa kali, kami melihat pelatih itu cuba melakukan gangguan seksual terhadap pelatih perempuan berkenaan. Hal ini kerana, dia dilihat sengaja menekan-nekan bola yang dipegang pada bahagian payudara pelatih perempuan. Petugas yang ada berhampiran mereka dilihat tidak pula menegur pelatih lelaki tersebut malah hanya membiarkan perkara itu berlanjutan sambil ketawa. Perkara ini amat mengejutkan kami, lantas seorang daripada kami bertindak menjadi orang tengah antara mereka.
Kejadian ini sememangnya menjadi sesuatu peristiwa yang akan diingati supaya kami dapat lebih berhati-hati dengan pelatih lelaki berkenaan. Setelah itu, aktiviti menyejukkan badan pula dilakukan sebelum berjalan pulang ke PDK. Apabila sampai di PDK, para pelatih ini terus dihidangkan dengan makanan iaitu nasi goring dengan air teh o’. Selepas makan, mereka diberikan masa untuk berehat kerana masing-masing kelihatan letih melakukan aktiviti di luar tadi. Ada antara mereka yang tidur sementara menunggu ibu bapa mereka datang ambil.

Pada minggu ketiga di PDK, aktiviti yang kami lakukan bersama pelatih adalah membuat kolaj menggunakan kertas. Aktiviti ini dirancang bagi memenuhi beberapa objektif iaitu meningkatkan kemahiran motor halus, menggalakkan pemikiran kreatif dan memupuk ekspresi diri pelatih. Semua pelatih diberi sehelai kertas bergambar dan mereka perlu menampal cebisan kertas berwarna pada kertas tersebut.
Aktiviti kolaj ini sememangnya menguji kemahiran motor halus pelatih kerana mereka perlu mengoyak-ngoyak kertas menjadi cebisan yang kecil. Seterusnya, mereka perlu menampal cebisan kertas tersebut pada kertas bergambar. Semasa proses menampal, kami melihat ada pelatih yang mampu melakukan aktiviti ini dengan baik dan sebaliknya. Kanak-kanak hiperaktif tidak dapat melaksanakan aktiviti ini kerana tumpuan mereka mudah terganggu. Meskipun begitu, mereka ini dibantu supaya dapat menyiapkan kolaj tersebut.
Pada akhirnya, kesemua pelatih dapat menyiapkan kolaj masing-masing walaupun lambat. Secara keseluruhannya, pelatih-pelatih dilihat sangat berminat terhadap aktiviti yang melibatkan kesenian. Aktiviti seni sememangnya memberi faedah yang besar kepada individu khususnya mereka yang kurang upaya.

Pada minggu ini, kumpulan kami mengadakan aktiviti sukaneka mini di PDK. Semasa proses merancang aktiviti, kami melihat akan keperluan-keperluan serta keupayaan para pelatih dalam melakukan sesuatu aktiviti. Selain memastikan aktiviti ini selamat dan sesuai dijalankan kepada pelatih, peringkat perancangan ini juga penting dalam memastikan kejayaan setiap aktiviti yang dirancang objektif. Antara aktiviti yang dilakukan ialah senamrobik, mencari abjad di dalam tepung, mengisi air di dalam botol, dan bowling cup. Aktiviti-aktiviti yang dirancang sememangnya mempunyai tujuan terhadap pelatih. Objektif aktiviti tersebut dilakukan adalah untuk meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar, merangsang koordinasi mata dan tangan, meningkatkan daya tumpuan dan membantu perkembangan emosi serta sosial.
Pertama sekali, aktiviti senamrobik membantu meningkatkan kemahiran motor kasar pelatih melalui pergerakan-pergerakan yang dilakukan. Seorang wakil dari kumpulan kami telah mengetuai sesi senamrobik pada pagi itu. Senamrobik ini dilihat sesuai dilakukan kerana pelatih-pelatih sangat menggemari muzik. Di samping melakukan aktiviti fizikal, mereka juga dapat berhibur dengan lagu yang dipasang. Kami telah memilih lagu yang berentak rancak tetapi masih berunsurkan pendidikan seperti Selamat Pagi Sayang, Head, Shoulders, Knees, and Toes, dan Hokey Pokey. Semasa sesi senamrobik dijalankan, ada pelatih yang dapat mengikut arahan langkah demi langkah, tidak kurang juga ada yang melakukan pergerak bebas mengikut kata hatinya. Dari sini, dapat kita rumuskan terdapat pelatih yang mempunyai kemahiran komunikasi baik meskipun dia mempunyai kekurangan dari aspek kecerdasan.
Keduanya, kami meneruskan sesi dengan aktiviti mencari abjad di dalam tepung. Cetusan idea untuk melakukan aktiviti ini adalah diambil daripada aktiviti mencari gula-gula dalam tepung. Namun, penggunaan gula-gula sebagai bahan difikirkan kurang sesuai untuk kanak-kanak hiperaktif. Justeru, kami menukarkannya dengan blok-blok abjad dan nombor supaya terdapat unsur pendidikan di situ. Pelatih dikehendaki mencari blok abjad yang telah dicampur dengan blok-blok nombor dalam sebuah pinggan yang berisi tepung. Selepas menemui abjad, mereka perlu menyatakan abjad apakah yang ditemui dan apakah warna blok abjad itu. Pelatih yang tidak dapat memberi jawapan akan dibimbing oleh petugas sehingga mereka sekurang-kurang dapat menyebut kembali abjad dan warna blok abjad yang ditemui. Langkah ini berulang sehingga tidak terdapat lagi abjad-abjad di dalam pinggan.
Selesai aktiviti mencari abjad di dalam tepung, pelatih dikehendaki melakukan aktiviti mengisi air ke dalam botol. Aktiviti ini sememangnya baik untuk perkembangan motor halus dan koordinasi pergerakan mata dan tangan. Pelatih perlu mengambil air menggunakan span di dalam baldi yang disediakan. Seterusnya, mereka perlu memerah air masuk ke dalam botol. Aktiviti ini mengambil masa yang begitu lama kerana kebanyakan pelatih tidak dapat mengisi air masuk ke dalam botol. Hal ini kerana, mereka hanya memerah span tersebut tanpa melihat air tersebut masuk betul ke mulut botol. Tambahan lagi, banyak air yang dibuang berbanding air yang masuk ke dalam botol. Sungguhpun begitu, kesemua pelatih dapat melakukan aktiviti ini dengan bantuan daripada petugas dan setidak-tidaknya mereka telah menguasai kemahiran motor halus melalui aktiviti ini.
Aktiviti sukaneka yang terakhir adalah bowling cup, di mana aktiviti ini juga sama seperti permainan bowling biasa tetapi tenpin telah digantikan dengan cawan-cawan plastik berwarna-warni. Tujuan kami menggunakan cawan yang berwarna-warni ini adalah untuk menarik minat serta tumpuan pelatih terhadap aktiviti ini. Selain itu, penggunaan bola juga telah digantikan dengan bola kertas, di mana pelatih perlu merenyukkan kertas sehingga menjadi bentuk seperti bola. Perkara ini sengaja dilakukan bagi melihat kemampuan motor halus mereka. Setelah itu mereka perlu membaling bola kertas tersebut ke arah cawan-cawan plastik yang telah disusun tinggi. Mereka dikehendaki menjatuhkan kesemua cawan tersebut sehingga berjaya sebelum dibenarkan rehat.
Pada akhirnya, kesemua aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan pada hari itu. Kami sangat berharap aktiviti-aktiviti tersebut mampu memberikan faedah terhadap pelatih. Selanjutnya, pelatih-pelatih telah diberikan minuman sementara makanan dihidangkan. Walaupun sedikit penat, tetapi kami berasa sangat puas melihat gelagat pelatih-pelatih dalam misi melengkapkan kesemua aktiviti yang dijalankan.

Pada minggu ini, semua kumpulan tidak pergi ke PDK masing-masing. Walau bagaimanapun, sesi pembelajaran berlaku di kelas di mana kami perlu membentangkan tentang pengenalan PDK dan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan selama empat minggu di sana. Pembentangan ini dilakukan bertujuan untuk melihat bagaimana perjalanan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan dan aktiviti yang akan dilakukan pada minggu-minggu seterusnya.
Minggu ini pelatih-pelatih dan petugas PDK Permata Hati melakukan aktiviti bowling di ARL Power Bowling, Alamanda. Meskipun kehadiran pelatih hanya empat orang tetapi aktiviti pada hari ini berjalan dengan lancar. Aktiviti bowling di luar memberi pelbagai kelebihan kepada pelatih baik dari fizikal, mental mahupun sosio emosi. Apabila bermain bowling, pelatih perlu memegang dan mencengkam bola sebelum membaling ke arah tenpin. Pergerakan ini membantu perkembangan motor halus dan kasar mereka secara tidak langsung.
Selepas bermain bowling, para pelatih diberikan masa untuk rehat dan makan minuman pagi yang telah dibawa. Seterusnya selesai makan, mereka berjalan-jalan di dalam pusat membeli belah tersebut. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelatih berkaitan hubungan interaksi sosial. Hal ini penting supaya mereka tidak berasa kesunyian dan dipinggirkan. Perkembangan sosio emosi terhadap pelatih perlu dibentuk agar mereka dapat mengawal diri dalam sesuatu situasi. Semasa berjalan, tangan pelatih dipegang oleh petugas demi mengelakkan kejadian buruk berlaku. Pelbagai aspek keselamatan dititikberatkan bagi menjamin pelatih-pelatih berada dalam kedaan selamat semasa di luar.
Sebelum berangkat pulang, kami dan warga PDK Permata Hati telah mengambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan di booth karnival Didi and Friends. Pelatih-pelatih ini kelihatan teruja semasa sesi mengambil gambar. Ternyata mereka sangat menyukai apabila gambar-gambar mereka diambil. Dari situ terlihat persamaan gambaran sebenar perasaan mereka dengan kita. Secara ringkasnya, aktiviti riadah di luar ini sangat bagus dalam memberi pendedahan terhadap para pelatih. Namun, perlaksanaan aktiviti ini haruslah pelbagai supaya pelatih tidak berasa jemu dengan aktiviti yang sama.

Pada minggu ketujuh, kami melakukan aktiviti yang berfokuskan pada kemahiran urus diri pelatih. Aktiviti yang dilakukan adalah memberus gigi. Setiap pelatih dibekalkan dengan sebatang berus gigi, sedikit ubat gigi dan secawan air. Aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk memupuk sikap mengamalkan kebersihan di samping menjaga kesihatan gigi pelatih. Pelatih-pelatih telah dibantu oleh ahli kumpulan di samping petugas-petugas PDK.
Aktiviti ini dilakukan menggunakan kaedah simulasi dan tunjuk cara. Seorang wakil kumpulan berdiri di hadapan sambil menunjukkan cara bagaimana menggosok gigi dengan betul. Arahan yang digunakan berupa ayat yang ringkas dan jelas supaya pelatih dapat menangkap maksud arahan yang disampaikan. Melalui kaedah ini, pelatih dapat meningkatkan kemahiran bahasa reseptif mereka. Pada masa yang sama, ahli kumpulan lain dan petugas membantu pelatih untuk menggosok gigi. Aktiviti pada hari ini berjalan dengan jayanya dengan bantuan petugas-petugas PDK.

Pada minggu terakhir ini, kami telah melakukan projek mega iaitu lawatan ke Taman Wetland, Putrajaya. Aktiviti ini menggabungkan dua buah PDK iaitu PDK Presint 11 dan PDK Presint 14. Terdapat dua aktiviti yang dilakukan di Taman Wetland, iaitu melihat pelbagai spesies angsa dan lawatan ke Pusat Penghayatan Alam. Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan bukan sahaja kepada pelatih tetapi juga kepada semua yang terlibat dalam program pada hari ini. Program ini melibatkan semua pelatih dan petugas di kedua-dua buah PDK. Tambahan lagi, terdapat juga ibu bapa pelatih yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama terlibat dalam program selama empat jam ini.
Pertama sekali, semua pelatih dan petugas dibawa mengelilingi Taman Wetland dengan menaiki tram. Sebelum ke Tasik Angsa (Swan Lake), kami dibawa ke Sel Wetland (Wetland Cell) di mana di kawasan ini terdapat banyak spesies tumbuhan rawang seperti rumput mensiang dan gedabong. Semasa di atas tram, pelatih dan petugas diberi penerangan mengenai haiwan serta tumbuhan yang dijumpai sepanjang laluan tram. Secara tidak langsung, proses pembelajaran telah berlaku meskipun di atas tram.
Seterusnya, apabila sampai di Tasik Angsa, jurupandu yang membawa kami mengarahkan supaya kami turun ke wakaf pemerhati burung untuk melihat dengan lebih dekat pelbagai spesies burung dan angsa di sini. Tujuan kami ke sini adalah untuk mengenali jenis-jenis angsa yang terdapat di Tasik Angsa. Terdapat banyak spesies burung dan angsa di sini, antaranya ialah undan putih, undan punagung merah, angsa putih, angsa hitam, itik Mesir, itik Canada, lembang, purun dan bakong. Sesetengah pelatih dilihat asyik melihat itik-itik yang berenang di dalam tasik tersebut.
Selepas itu, perjalanan program diteruskan dengan melawat ke Pusat Penghayatan Alam. Di pusat ini, pelbagai maklumat mengenai ekosistem tanah lembap dipersembahkan melalui ruang pameran interaktif yang lengkap dengan audio visual, imej tiga dimensi dan model ekosistem. Pelatih-pelatih sangat teruja melihat pelbagai hidupan di sini yang kelihatan seolah-olah hidupan sebenar. Tambahan pula, terdapat bunyi desiran air dari kolam buatan yang terdapat di pusat ini turut menghidupkan lagi suasana alam semula jadi yang ingin ditonjolkan.
Akhir sekali, kemuncak aktiviti pada hari ini adalah acara penyampaian kalung dan hamper berupa makanan sebagai tanda penghargaan kepada penyelia kedua-dua buah PDK kerana sudi menerima kunjungan kami selama tujuh minggu. Sebelum bergerak pulang, semua pelatih, petugas dan ibu bapa yang hadir sempat menikmati minum pagi yang disediakan. Secara ringkasnya, meskipun program ini berlangsung selama beberapa jam tetapi tetapi para pelatih kelihatan puas dan gembira dengan pengisian program yang kami rancang. Justeru, aktiviti sebegini wajar dilakukan lagi pada masa hadapan supaya pelatih dapat menikmati keindahan hidupan dan alam semula jadi.